Mahasiswa "tidak takut'

NILAI- Sempit, sesak, panas dan padat. Begitulah keadaan kempen derma darah yang berlangsung pada 26 hingga 27 Januari 2010 bertempat di hadapan Dewan Kuliah Sederhana (DKS) 1.1 - 1.4, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen ini mendapat sambutan di luar jangkaan apabila ramai mahasiswa dan mahasiswi USIM dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), dan Pusat Tamhidi turut serta  menderma darah. Program yang diadakan setiap semester ini dikendalikan oleh doktor professional dan kakitangan dari Pusat Darah Negara.

Menurut Norul Hazlina Mohamed Atar, Penolong Pegawai Penerangan Pusat Darah Negara, beliau berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan daripada warga USIM terutama mahasiswa dan mahasiswi USIM yang turut membantu menjayakan kempen ini. Sambutan memberangsangkan dari mahasiswa USIM dapat dilihat sejak hari pertama program ini dijalankan dan sambutan lebih hangat pada hari kedua apabila mahasiswa USIM sanggup beratur bagi memastikan mereka juga dapat menderma darah.>>selanjutnya.

 

 

Mahasiswa USIM terima pujian

PULAU PANGKOR- Biro Akademik dan Latihan Jawatankuasa Kebajikan Siswa dan Siswi Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Camelia Court dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri mengadakan Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas di Pusat Latihan Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak.

        Program selama empat hari tiga malam itu disertai oleh 77 orang mahasiswa dan mahasiswi USIM dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) serta pelajar dari Pusat Tamhidi. Kursus yang julung kalinya diadakan ini dikendalikan oleh fasilitator yang professional dan terlatih dari pelbagai aspek. Pelbagai aktiviti disusun khas oleh fasilitator dari BTN kepada para peserta dan dijalankan dalam bentuk bersantai dan relaks.

Objektif kursus ini diadakan untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang betapa perlunya pe

serta me- ngubah sikap dengan menjiwai serta mengamalkan nilai-nilai murni demi kecermelangan diri, organisasi, masyarakat dan negara. Kursus ini juga memberi pengetahuan kepada peserta mengenai aspirasi serta hasrat pemimpin terhadap cabaran masa kini dan masa depan negara. Hal ini kerana pemimpin masa hadapan adalah merujuk kepada remaja pada masa kini. >>selanjutnya

 

Manifesto bangkitkan gelombang pilihanraya kampus

NILAI- Malam Pengenalan Calon Universiti Sains Islam Malaysia telah menyaksikan sebuah pertarungan yang sengit apabila seramai 39 orang calon menunjukkan bakat masing-masing ketika bermanifesto, bermula jam 8 malam hingga 11 malam di Cafeteria Nilam Court. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato Muhamad Muda, Naib Canselor USIM.

Kepelbagaian aksi dan ragam calon dalam menyampaikan manifesto seperti menyanyi dan mendeklamasi- kan sajak amat membanggakan saya,” katanya ketika berucap pada malam tersebut.

Pertambahan bilangan calon daripada 34 orang pada tahun lepas, menjadikan pilihan raya kampus pada kali ini agak mencabar. Kesemua calon tersebut akan bertanding bagi merebut  24 kerusi yang telah disediakan dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010.>>selanjutnya