Kafeteria FPQS dapat sambutan

Oleh: Fatimah & Norashikin

 NILAI- Pembukaan kafe RTC Corner di bangunan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah (FPQS) mendapat sambutan menggalakkan terutamanya dari kalangan pelajar, staf serta pensyarah.

Kafe tersebut telah dibuka sejak sebulan lalu dan ini dapat mengurangkan kesesakan ketika membeli makanan yang selama ini hanya tertumpu di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP).

‘‘Pada saya, kafe ini memang kondusif jika hendak dibandingkan dengan PKP. Di sini sangat selesa untuk menjamu selera dan juga boleh membuat perbincangan secara berkumpulan. Tambahan pula, kafe ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin’’. Kata salah seorang pelajar yang merupakan pelanggan tetap di kafe tersebut.

Oleh yang demikian, pelajar dan pensyarah amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan walaupun ruang tempat duduk agak terhad. Namun begitu, keadaan tersebut tidak menghalang pelajar serta staf mahupun pensyarah datang berkunjung sekaligus menikmati juadah yang pelbagai  mengikut kesesuaian waktu.

“Menu di sini memang banyak tetapi bagi saya mereka perlu me nyediakan payung tempat berteduh di luar kafe bagi memudahkan pelanggan terutamanya pelajar lelaki kerana bahagian dalam kafe sudah dipenuhi dengan pelajar perempuan,” kata Sahri bin Usman, FPQS.

Justeru, pemilik kafe perlu mengambil inisiatif lain termasuklah memberi servis yang baik kepada pelanggan dan menyediakan peti komen atau cadangan bagi menambahbaikkan lagi kafe selain menyediakan pelbagai juadah kepada pelanggan.