Karnival 'ICT dan Mobile Fair' dapat perhatian

Oleh: Ahmad Syukri & Mohd Hannan     

NILAI- Pusat Komersial yang sebelum ini kurang mendapat perhatian pelajar USIM kini bertukar wajah apabila pihak universiti menganjurkan Karnival ICT & Mobile Fair pada 19 hingga 21 Januari yang lalu.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu pada mulanya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa USIM tetapi perkara ini tidak berterusan apabila pelbagai masalah timbul terutamanya di kalangan pelajar USIM sendiri. Penjual di sini turut mengakui masalah tersebut.

Menurut salah seorang penjual, Awien, 23, antara barangan yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar USIM ialah pendrive, external hard disk, speaker dan headset manakala bagi barangan seperti printer dan scanner, ia menyukarkan pelajar USIM membawa pulang barangan tersebut kerana masalah pengangkutan dan kedudukan pusat komersial yang agak jauh.

KHUSYUK...Pelajar-pelajar meneliti dan memilih barang yang dijual

  

“Kedudukan pusat komersial nampak kurang sesuai dan tidak strategik. Kami tidak mempunyai pengangkutan untuk membawa pulang barang yang agak besar dan berat seperti printer dan scanner,” kata pelajar FST, Khairul Muna, 21.

Menurut seorang lagi pelajar FST, Nuramirah, 22, barangan yang dijual di karnival itu tidak banyak. Dia bercadang untuk menunggu program ICEPS yang diadakan pada 4 hingga 7 Februari.  

Di samping itu juga, terdapat gerai jualan buku-buku ilmiah seperti buku motivasi, buku tentang sahabat-sahabat nabi dan buku berkaitan ekonomi yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar USIM.