Mahasiswa USIM terima pujian

Oleh: Nurmalihah & Mohamadd Fadzil

 

PULAU PANGKOR- Biro Akademik dan Latihan Jawatankuasa Kebajikan Siswa dan Siswi Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Camelia Court dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri mengadakan Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas di Pusat Latihan Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak.

        Program selama empat hari tiga malam itu disertai oleh 77 orang mahasiswa dan mahasiswi USIM dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) serta pelajar dari Pusat Tamhidi. Kursus yang julung kalinya diadakan ini dikendalikan oleh fasilitator yang professional dan terlatih dari pelbagai aspek. Pelbagai aktiviti disusun khas oleh fasilitator dari BTN kepada para peserta dan dijalankan dalam bentuk bersantai dan relaks.

Objektif kursus ini diadakan untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang betapa perlunya pe

serta me- ngubah sikap dengan menjiwai serta mengamalkan nilai-nilai murni demi kecermelangan diri, organisasi, masyarakat dan negara. Kursus ini juga memberi pengetahuan kepada peserta mengenai aspirasi serta hasrat pemimpin terhadap cabaran masa kini dan masa depan negara. Hal ini kerana pemimpin masa hadapan adalah merujuk kepada remaja pada masa kini.

Menurut ketua fasilitator bagi kursus itu, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen yang menggalak

kan dari para peserta. Beliau juga memuji peserta USIM kerana disiplin dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan mampu membuatkan pihak BTN bangga dan teruja. “Inilah yang dikatakan semangat cintakan Negara”, tambah beliau lagi.

Nur Ain Anjun, 22, FKP, selaku pengarah program, beliau berharap program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang supaya dapat menarik lebih ramai lagi mahasiswa dan mahasiswi USIM menyertai program seperti ini. Program seumpama ini turut memberi pendedahan kepada para peserta tentang pembelajaran yang bersepadu dari aspek jasmani, fikiran, intelektual dan rohani demi menjadikan para peserta yang seimbang dalam pelbagai aspek. Program ini juga dapat menyedarkan para peserta tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.

Menurut seorang peserta program, Norina Zaaba, 21, FEM, beliau berpendapat program ini dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan para peserta boleh berkenalan antara satu sama lain serta merapatkan ukhwah sebagai seorang perwira negara.