Penjimatan elektrik di USIM

Oleh:Fatimah & Norashikin

 

AUTOMATIK...Kemudahan computer dikawal mengikut masa tertentu yang ditetapkan

 

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil langkah berjimat cermat seiring dengan harapan negara yang menyarankan supaya semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) membuat penjimatan kerana jumlah bayaran bil elektik terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, perkara ini banyak mendatangkan manfaat di mana kita boleh mengurangkan jumlah bil yang dibayar pada setiap bulan.

Menurut seorang Pustakawan Unit Sirkulasi USIM, Mohd Salbihan Salman, katanya, “Sebelum ini, kami buka perpustakaan dari hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 pagi hingga 10 malam, tapi sekarang kami buka dari pukul 8 pagi hingga 7 petang sahaja, manakala pada hari cuti cuma dibuka pada hari Sabtu dari 9 pagi hingga 3 petang. Apabila keluar dari bilik, kami hendaklah memastikan suis lampu, komputer dan lain-lain ditutup begitu  juga sebelum kami keluar dari pejabat, semua elektrik dimatikan.”

Tambah beliau lagi, terdapat juga pelajar yang mengeluh dan mempersoalkan kenapa perpustakaan ditutup awal pada waktu malam. Hal ini kerana kadar kadatangan pelajar pada waktu malam cuma antara 10 hingga 20 orang sahaja jika dibandingkan dengan  waktu bekerja.

Hal ini turut mendatangkan beberapa kesan sampingan terhadap sesetengah pihak yang kurang berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil.

Menurut seorang pelajar, Ahmad Ikramuddin Mustapa, 22, “Bagi saya, langkah penjimatan ini memang bagus jika kita tengok dari beberapa sudut selagi ia tidak menyusahkan mana-mana pihak. Lagipun, mungkin dengan cara ini kita dapat menyalurkan duit tersebut ke tujuan-tujuan lain.” Tambahnya lagi, “Dia tidak kisah jika pihak universiti memberi  arahan supaya menjimatkan elektrik, tetapi janganlah sampai para pelajar terpaksa belajar di dalam kelas yang tidak berhawa dingin lebih-lebih lagi pada waktu malam.”

Menurut seorang lagi pelajar, Yasmin Farhani Mohamad Sani, FKP, “Perpustakaan boleh jika hendak ditutup awal, tetapi lewatkan sedikit waktunya sehingga pukul 8 atau 9 malam. Ini kerana mungkin terdapat pelajar yang selesa untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan pada waktu malam.

“Terdapat juga kemudahan pelajar tidak dapat digunakan dengan sebaik- nya seperti makmal komputer di bangunan FEM, ia hanya dibuka mengikut jadual kelas dan menyukarkan para pelajar untuk mencari maklumat pada waktu lain.”

Tambah Yasmin lagi, “Kadang kala pensyarah terpaksa menghabiskan waktu kuliah dengan lebih awal kerana masalah penghawa dingin yang tidak berfungsi dan menyebabkan keadaan tidak selesa untuk belajar.”

Oleh itu, sistem yang telah dijalankan oleh pihak universiti perlulah disistematikkan lagi agar ia dapat memberi keselesaan kepada semua pihak.