Tidak hayati hadis Nabi

Oleh: Siti Najah

 NILAI- “Bagi saya, mana-mana pelajar yang membuang sampah seperti itu memang tidak bertanggungjawab dan yang lebih penting dia tidak menghayati hadis Nabi s.a.w yang bermaksud ‘kebersihan itu separuh daripada iman’.

Inilah luahan Nurul Hidayah Abd Radzak, 22, FPQS, sejurus ditanyakan tentang sikap pelajar yang gemar meninggalkan sampah-sampah kecil di tempat yang tidak sepatutnya.

 

BUKTI…plastik gula-gula yang ditinggalkan di DKS2.2

 

 

“Walaupun pihak universiti membayar gaji kepada mereka yang melakukan pembersihan ini, namun tisu-tisu yang sudah digunakan tidak sepatutnya ditinggalkan di sinki-sinki  tandas,” ujar Hidayah lagi.

Bagi membendung tabiat ini, Hidayah berkata, “Jika setiap pelajar mengamalkan ilmu yang ada, bukan sahaja hal yang berkaitan dengan sampah dapat diatasi, malah semua aspek dapat dibendung.”

Manakala Siti Asmak Jaafar, 21, FSU, pula berpendapat, “Kemungki-nan kesedaran tentang kebersihan dalam diri pelajar itu sendiri masih tidak menyeluruh, jadi membuang sampah-sampah kecil dianggap tidak bersalah.”