ISU SEMASA

Antara yang menarik didalam:

Usaha meningkatkan generasi tanpa rokok gagal

Oleh: Hanani, Siti Norzaleha & Khairurradiah

Di Malaysia, pelbagai kempen giat dijalankan demi melahirkan masyar

akat yang sihat, berdisiplin, bertanggungjawab, dan mampu menerajui negara dengan adil di masa akan datang. Apatah lagi ba- nyak agensi kerajaan berlumba-lumba mencipta idea-idea kreatif serta mengadakan pelbagai bentuk kempen kesedaran khususnya untuk memberi pendedahan kepada masyarakat.

Walaupun pelbagai kempen seperti kempen keselamatan jalan raya atau lebih dikenali sebagai Ops Sikap, kempen kesihatan yang berkaitan dengan wabak penyakit (H1N1) serta kempen ‘Tak Nak Merokok’ telah diadakan, namun kempen-kempen ini tidak menampakkan hasil yang memuaskan semua pihak.

Kempen ‘Tak Nak Merokok’ telah dipertontonkan melalui media elektronik dan media cetak di Malaysia. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak mendapat tindak balas positif daripada perokok-perokok khususnya perokok tegar. Malah tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan usaha murni itu disifatkan sebagai pembaziran wang rakyat.>>selanjutnya

 

Sudut Pidato diwujudkan semula

 

Sudut Pidato atau lazimnya disebut "speaker corner" adalah pentas bagi mahasiswa mengasah bakat berucap dan menggalakkan perbincangan intelektual. Sepertimana yang kita ketahui, sebuah kepimpinan mahasiswa yang ada ideologi tersendiri terbentuk sekiranya mahasiswa diberikan hak untuk bersuara, merasakan bebas untuk berfikir dan melontarkan idea serta tidak takut untuk berbeza pandangan.

Sebaik sahaja wujud demonstrasi Baling yang digerakkan mahasiswa, pihak kerajaan telah meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pa-da 1971. Antara kesan dari pindaan itu, Sudut Pidato telah diharamkan berikutan pindaan AUKU 1971 kerana ia disalahgunakan untuk berpolitik. Pindaan ini mematikan gerakan mahasiswa di kampus.  Hasil desakan dan kritikan berterusan, kerajaan sekali lagi meminda akta ini.>>selanjutnya