PENDAPAT

SENSASI:

1. ISU PENJIMATAN

       “Saya berpendapat better jimat benda-benda kecil macam kertas. Macam internet tu saya  rasa sepatutnya dibuka sebab benda tu keperluan kami. Streamyx mereka bayar tapi kadang-kadang still tak boleh guna, nak sekat pun better buka berjadual. Lagi satu sebenarnya penjimatan barang-barang yang bukan keperluan itu lebih penting.”  

(FATIN HAZWANI HASHIM, TAMHIDI PERGIGIAN)

 

“Saya berpendapat penjimatan yang sedang dilakukan oleh pihak USIM sekarang ni banyak menyusahkan pelajar sahaja. Bajet yang diperuntukkan oleh HEP untuk fakulti pun tiada. Kalau nak buat apa-apa program kena cari modal sendiri. Kiranya saya tak suka la USIM buat jimat macam ni."  (AHMAD FAHMI MHD YUSOFF, TAHUN 3, FEM)

 

2. ISU KALIMAH ALLAH

 

“Pada pendapat saya, isu kalimah Allah ini tidak sesuai digunakan oleh semua agama kerana fahaman tentang agama Allah dari sisi agama lain sangat-sangat berbeza berbanding kita, kalau pada pandangan kita Allah itu sebagai tuhan yang Esa disembah dan kita percaya Allah ada dan tidak boleh digambarkan dan apa-apa dari fahaman kita sendiri.” 

(MUHD. ANUAR OMAR, TAHUN 3, FPQS)

 

"Pada pendapat saya, di dalam kitab suci  Al-Quran ada ayat yang menjelaskan Allah Tuhan sekalian alam. Jadi, semua makhluk di dunia boleh menggunakan tetapi difikirkan akan agenda-agenda orang yang tidak patut, rasanya memang tidak patut agama lain menggunakan kalimah suci orang islam (Allah). Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah agama Islam, bimbang akan agenda disebalik permintaan paderi akan kalimah nama Allah. Muncul agama pluralisme (semua agama adalah sama) untuk generasi akan datang."

(NOR AFIQAH ZAHRI, TAHUN 2, FEM)