ISU KALIMAH ALLAH

“Umat Islam pada zaman ini harus sedar bahawa non-muslim sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam dengan pelbagai cara. Isu penggunaan kalimah Allah ini berkemungkinan berpunca daripada propaganda daripada orang kristian untuk mengelirukan akidah umat  Islam. Oleh itu, umat Islam pada ketika ini mestilah bersatu dan kuat dalam pelbagai aspek terutamanya pemuda Islam supaya Islam tidak tertindas dan dihina.”

    (NURUL HUDA RODZI@FODZI, TAHUN 3, FKP)

“Saya berpendapat musykilah tentang kalimah Allah ini banyak pendapat, ada yang kata bila nak guna kalimah Allah, segala kepercayaan mesti dikembalikan kepada-Nya. Selain itu, di Malaysia kalimah Allah agak sensitif. Biasanya digunakan untuk orang Malaysia yang pelbagai bangsa tapi tak kisah agama apa. Kalau di luar negara pula semua agama boleh guna kalimah Allah  sebab mereka merujuk kepada tuhan, tak kisah la kalau jumpa bible kalimah Allah.”

   (SITI FARHANAH DZUKI, TAHUN 1, FPBU)

“Pada pendapat saya, isu kalimah Allah ini tidak sesuai digunakan oleh semua agama kerana fahaman tentang agama Allah dari sisi agama lain sangat-sangat berbeza berbanding kita, kalau pada pandangan kita Allah itu sebagai tuhan yang Esa disembah dan kita percaya Allah ada dan tidak boleh digambarkan dan apa-apa dari fahaman kita sendiri.”

                     (MUHD. ANUAR OMAR, TAHUN 3, FPQS)

“Saya berpendapat sebenarnya yang meminta untuk menggunakan kalimah Allah ini hanya untuk kristian kantolik sahaja. Kristian ini mempunyai  banyak aliran. Walaupun mereka tidak bersatu padu tetapi mereka mempunyai satu matlamat untuk menjatuhkan umat Islam pada masa kini  supaya mereka boleh  menguasai dunia.”

    (MUHAMMAD YUSUF MD NOH, TAHUN 3, FPQS)

Pada pendapat saya, di dalam kitab suci  Al-Quran ada ayat yang menjelaskan Allah Tuhan sekalian alam. Jadi, semua makhluk di dunia boleh menggunakan tetapi difikirkan akan agenda-agenda orang yang tidak patut, rasanya memang tidak patut agama lain menggunakan kalimah suci orang islam (Allah). Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah agama Islam, bimbang akan agenda disebalik permintaan paderi akan kalimah nama Allah. Muncul agama pluralisme (semua agama adalah sama) untuk generasi akan datang.”

            (NOR AFIQAH ZAHRI, TAHUN 2, FEM)

“Saya berpendapat, memanglah Allah itu tuhan. Semua agama percaya tuhan itu Allah. Jadi kalau dia orang mahu nama Allah maknanya dalam penggunaan itu sama dengan orang kafir. Walaupun masa zaman nabi dulu dia orang guna nama Allah tapi itu orang arab, dekat Malaysia, jadi dia orang tidak tahu bahasa arab jadi kalau diaorang gunakan sebarangan takut nanti dia orang salah gunakan nama itu ditempat yang tidak sepatutnya digunakan, tapi yang pastinya tidak patutlah. Itu yang membezakan kita dengan orang bukan Islam.”

 (MUHAMMAD FAUZI ALI,  TAHUN 4, FKP)