PENJIMATAN

“Saya berpendapat better jimat benda-benda kecil macam kertas. Macam internet tu saya  rasa sepatutnya dibuka sebab benda tu keperluan kami. Streamyx mereka bayar tapi kadang-kadang still tak boleh guna, nak sekat pun better buka berjadual. Lagi satu sebenarnya penjimatan barang-barang yang bukan keperluan itu lebih penting.”

 (FATIN HAZWANI HASHIM, TAMHIDI PERGIGIAN)

“ Saya berpendapat penjimatan adalah bagus lagi-lagi dari segi jamuan. Pihak USIM juga perlu mengadakan kempen tentang penjimatan di kolej-kolej kediaman mahupun di dalam kawasan USIM sendiri. Penjimatan perlu diteruskan pada masa yang akan datang agar kolej kediaman yang sedang dibina di dalam kampus dapat disiapkan dengan kadar segera.”

  (KASWATI MAT LAZIM, TAHUN 4, FPQS)

“Pada pendapat saya penjimatan yang berlaku di USIM sekarang ini merupakan aktiviti yang dapat memberikan faedah kepada USIM itu sendiri. Ini dapat mengajar semua yang berada di USIM seperti pelajar dan pensyarah untuk berjimat cermat dalam menjalani kehidupan seharian. Penjimatan ini juga bukan sahaja membantu kerajaan untuk mengurangkan kos malah memberikan pendedahan tentang berjimat cermat pada ekonomi masa kini.”

 (ZURAIDAH ISMAIL, TAHUN 3, FKP)

“Mahasiswa dan  mahasiswi USIM hendaklah memandang isu penjimatan ini dengan fikiran yang matang dan hati yang terbuka. Ada sebab mengapa penjimatan berlaku di USIM. Berkelakuanlah mengikut situasi dan keadaan semasa. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita dapat. Mungkin sesetengah perkara tidak patut berlaku seperti lab komputer tidak dibuka dan air cond yang tidak dipasang tapi inilah cabaran masa sekarang. Jihad untuk menuntut ilmu menuntut ilmu.”

     (FARHANA ABDUL AZIZ, TAHUN 3, FST)

“Saya berpendapat penjimatan yang sedang dilakukan oleh pihak USIM sekarang ni banyak menyusahkan pelajar sahaja. Bajet yang diperuntukkan oleh HEP untuk fakulti pun tiada. Kalau nak buat apa-apa program kena cari modal sendiri. Kiranya saya tak suka la USIM buat jimat macam ni.”

    (AHMAD FAHMI MHD YUSOFF, TAHUN 3, FEM)

“Pada pendapat saya, kalau pihak USIM rasa nak berjimat tu memang boleh ditentukan, tapi macam sekarang ni tak kena caranya. Sampai ada sesetengah pelajar kata, time kuliah pun tak ada air cond. Kalau macam kat DKU kat FPQS pulak, lampu dan air cond terbuka je memanjang tapi tidak digunakan  untuk kuliah pun. Itu merupakan satu bentuk pembaziran.”

  (MUHAMMAD ZAKIR GIMAN, TAHUN 1, FPQS)