USIM pilih atlet ping pong untuk MASUM

PANDAN INDAH- “Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) mampu menandingi universiti-universiti  lain dalam setiap acara sukan yang dianjurkan meskipun USIM merupakan universiti baru,” menurut penyelaras sukan ping pong, En. Mohammad Syairazi bin Ali, 28.

Sukan ping pong antara kampus Pandan dan kampus Nilai yang diadakan pada 16 Januari lalu adalah bertujuan memilih wakil pemain ping pong untuk turut serta dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) tidak lama lagi.

Menurut En. Mohammad Syairazi, pemilihan pemain ping pong ini dibuat berdasarkan kebolehan, ketangkasan serta kekuatan dari segi fizikal dan mental setiap pemain. Semangat yang ditonjolkan oleh mereka begitu mengagumkan walaupun mempunyai tugasan penting dan perlu dilaksanakan tetapi mereka tetap meluangkan masa bersama  setiap hujung minggu untuk berlatih serta mempraktikkan teknik baru.>>selanjutnya

 

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meningkatkan kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Antara salah satu tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai sekolah terbaik di Malaysia ialah untuk mencapai misi mengiktiraf sekolah negara ke taraf dunia. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.>>selanjutnya  

 

 Meriahnya Karnival Kesihatan Se-Tampin

PANDAN INDAH- Pelajar tahun empat, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Karnival Kesihatan Se-Tampin yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman pada 2 Januari yang lalu.

Program yang bertemakan “Sejahtera Tanpa Infeksi” ini dianjurkan bagi memenuhi kurikulum kursus Perubatan dan Surgeri (MBBS) USIM ketika mengikuti Kursus Kesihatan Masyarakat di tahun 4 dengan kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Tampin.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan berkenaan influenza A-H1N1 di kalangan masyarakat Tampin.>>selanjutnya