TNC turun padang

Oleh: Nur Amirah & Hanani

PUAS HATI…Timbalan Naib Canselor (TNC) melawat tempat pembuangan undi sambil tersenyum

 

NILAI- Sifat mesra pelajar  Dato’ Asin Dollah ketika pilihanraya kampus yang berlangsung pada 21 Januari baru-baru ini amatlah dikagumi oleh mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia.

Dato’ Asin yang ketika ditemui di perkarangan kawasan pilihanraya Fakulti Pengajian Bahasa Utama pada hari itu, tersenyum melihat ramai para pelajar USIM memberi komitmen menggalakkan dalam undian pilihanraya kampus. Beliau juga turut serta dalam memberi sokongan padu kepada calon-calon yang bertanding pada hari itu. Peratusan pelajar yang hadir untuk mengundi pada tahun ini juga tidak merencatkan peratusan pilihanraya kampus USIM walaupun pada asalnya USIM telah menganggar-

kan peratusan maksimum  hanya 85 peratus hingga 88 peratus sahaja, disebabkan selepas menolak bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dengan Latihan Industri pada tahun ini.

Tapi pada hakikatnya, kita telah mencapai peratusan lebih daripada itu iaitu 91.06 peratus.

Menurut Encik Md Ishah Rahman, Penolong Pendaftar Kanan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak fakulti yang banyak memainkan peranan dalam memanggil pelajar-pelajar balik untuk mengundi.

Tahniah juga diucapkan kepada  pasukan urusetia dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang terdiri daripada pelajar, diketuai oleh Saudara Afiq yang banyak membantu kita dalam menjadikan peratusan mengundi mencapai ke tahap ini.

Walaupun kita hanya menganggarkan 85 peratus hingga 88 peratus, tapi kita telah mencapai peratusan yang lebih baik daripada itu.

Pilihanraya kampus ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar  menjadi pemimpin yang berdedikasi malahan merupakan pentas untuk para pelajar menyumbang idea dan tenaga,” kata Nor Hafizah Husin, pelajar tahun tiga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Proses pemilihan bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia berakhir sebaik keputusan diumumkan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhammad Muda yang mana undian tertinggi bagi kawasan umum Majlis Perwakilan Pelajar disandang oleh Muhammad Hilmi bin Juhari dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

 Dalam pilihan raya kampus USIM, sebanyak 24 kerusi diper-tandingkan, meliputi lapan kerusi umum dan dua kerusi bagi setiap fakulti.