WAWANCARA

Temubual mesra bersama Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda

Pertama dan selamanya, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Naib Canselor baru USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda di atas kesudian dan kerjasama beliau untuk ditemu ramah. Dari raut wajah beliau yang  tegas dan profesional membuatkan kami sedikit gementar untuk menemuramah beliau, tetapi apabila ditemu ramah, rupanya beliau merupakan seorang yang peramah dan mudah untuk didekati. Sepanjang sesi wawancara berlangsung, beliau menunjukkan sifat mesra pelajar dan memberi maklum balas yang sangat positif kepada kami. Ia memudahkan serta sangat membantu kerja kami. Berikut adalah paparan wawancara eksklusif USIMTODAY, Nur Asmat Ahmad, Nurfaiza Darman dan Nur Hazlina Hanipha bersama beliau tentang perkembangan terbaru USIM.

 

Apakah perasaan Dato’ setelah dilantik menjadi Naib Canselor USIM yang baru?

Setiap jawatan itu adalah amanah dan tanggunjawab. Saya bersyukur pertama sekali diberikan kepercayaan untuk menerajui  universiti yang baru berkembang, tapi dalam masa yang sama saya merasakan bahawa ini satu amanah yang besar dan memikul amanah ini bukan satu perkara yang boleh kita pandang mudah kerana ini bukan sahaja amanah masyarakat tapi amanah ummah juga sebab USIM ini ada misi, visi dan matlamat yang berkaitan dengan isu-isu masyarakat dan Islam. Jadi ia pasti satu tugas yang agak besar. Alhamdullilah saya terima ini sebagai satu cabaran untuk bersama-sama kita berkerjasama bagi mencapai visi dan misi USIM.>>selanjutnya