RENCANA

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

"1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai–nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia,” itulah saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohammad Najib Bin Tun Haji Abd. Razak.

Sejauh manakah pemahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia ini? Gagasan 1Malaysia merupakan satu formula yang diperkenalkan bagi memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai dengan cepat. Namun bukan mudah untuk mencapai hasrat ini tanpa penerapan nilai-nilai murni dan pendekatan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia.

Slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi satu tunjang utama semangat ini terus kian membara di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.>>selanjutnya

 

Usah permainkan kalimah Allah

Isu kalimah Allah merupakan satu lagi serangan terkini terhadap Aqidah Islam oleh orang-orang Kristian semakin hangat dibincangkan. Isu ini bermula apabila majalah Herald Catholic Weekly telah menggunakan kalimah suci ini di dalam penerbitan mereka. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan ulasan terhadap isu hangat ini. Ada yang menyokong serta ada pula yang tidak bersetuju sama sekali kalimah suci ini digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh orang bukan Islam.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan kalimah Allah di dalam penulisan. Bahkan jika ditinjau dan diperhatikan,sebelum ini pun terdapat brosur-brosur dan buku-buku berwajah Islam yang turut menggunakan kalimah Allah seperti Rahsia jalan yang lurus, Kiamat, Komik kisah yang paling menarik untuk diceritakan dan lain-lain disebarkan secara percuma oleh orang-orang bukan Islam. Ini adalah satu taktik untuk menjatuhkan Islam.>>selanjutnya