Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Oleh: A’lia & Noormahani

Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meningkatkan kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Antara salah satu tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai sekolah terbaik di Malaysia ialah untuk mencapai misi mengiktiraf sekolah negara ke taraf dunia. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara. 

 

    10 Sekolah Berasrama Penuh:

 

· Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

· Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban

· Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah

· Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

· Kolej Tunku Kurshiah, Seremban

· Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

· Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

· Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis

· Sekolah Alam Shah, Putrajaya

· Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

 

4 Sekolah Menengah Harian:

 

· Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya

· Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

· Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar

· Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

 

6 Sekolah Rendah:

 

· Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

· Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru

· Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur

· Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak

· Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur

· Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.

 

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengumumkan pemilihan SBT dinilai berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan kebitaraan, sekaligus melayakkan sekolah berkenaan menikmati kuasa autonomi tambahan yang melibatkan kurikulum fleksibel, pemilikan bajet serta kelonggaran dalam pengajaran dan pembelajaran   serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan   elektif.